Ada yang tulis mi.
Ada plak yang tulis mee.
Dua-dua sama. Dua-dua boleh makan.
Pergi pasar malam Jalan Universiti. Tak ada idea nak makan apa.
Ayam percik. Puas.
Ayam goreng. Puas.
Sate sedap. Puas.
Tiba-tiba terlalu depan kedai mi. Tak pernah singgah selama ni. Mesti tak sedap. Muka abang jual masam. Mesti tak sedap macam boleh tengok kat muka dia. Dulu pernah beli kat pasar malam Kulim. Tak sedap jugak.
"Tak cuba tak tau" hasut si hati.
Cissss..
"Abang. Mi goreng ni satu. RM3"
Muka abang mi masih masam.
Sampai rumah. Ambik garfu. Buka plastik. Suap segarfu. Nganga was was.
Mata terbeliak.
Sedap!!
No comments :
Post a Comment