Wednesday, July 8, 2015

tangguh

Tadi nak beli makanan kat bazar Ramadan. Dah jumpa kedai yang nak tu. Tapi tunggu dulu. Dah nampak lauk yang nak tapi biar dulu. Akhirnya dikebas orang. Putih mata.

Tadi nak cuci baju tapi awal lagi. Tunggu dulu. Lepas berbuka baru cucu. Tapi orang lain dah cuci sekarang. Putih mata.

Tadi nak pergi tarawih. Tapi tak siap lagi. Tunggu dulu. Esok ada lagi..

Ya Allah.

Thursday, July 2, 2015

rezeki

Rezeki tu Allah bagi. Selalu aku rasa rezeki tu milik aku. Sebab aku dah penat usaha kerja siang malam belajar sana sini nak bagi ilmu bertambah supaya nanti rezeki murah.

Rupanya aku lupa. Allah bagi rezeki untuk kongsi dengan manusia.

Aku tak lupa keluarga. Aku tak lupa kawan. Ada rezeki lebih aku kongsi dengan mereka. Aku bagi duit lebih. Aku belanja makan. Aku tolong. Tapi aku lupa orang lain. Bukan kawan. Bukan rakan. Apa lagi keluarga.

Orang minta duit je aku marah. Aku rasa macam orang tu menipu. Pura- pura susah. Nak cekup duit orang lain cara mudah.

Malam semalam aku buka puasa kat Alamanda. Lepas berbuka tu aku parking kat luar sebab nak tunggu kawan sebelum balik. Datang seorang pekerja. Pegawal. Berdiri tepi kereta. Borak borak.

Aku senyum. Cakap tunggu kawan. Tak lama. Dia senyum. Dia cakap okay. Bolah parking.

Percakapan tak berapa jelas. Aku dengar dia cakap pepsi. Lepas tu kfc. Aku dengar dia ulang-ulang. Rupanya dia minta aku belanja dia makan.

Darah aku naik. Ni semacam plak. Dia cakap kalo tak belanja 3 ringgit atau 5 ringgit. Aku marah. Aku tunjuk muka tak puas hati. Aku tunjuk aku marah.

Aku start kereta terus blah.

Muka dia kesian.

Masa balik aku asyik terfikir. Kenapa nak minta. Kenapa sampai nak orang belanja. Kenapa nak orang kasi semua. Ya Allah, Aku lupa Allah suruh kongsi. Allah uji rezeki doa bagi kat aku. Allah bagi lebih supaya aku boleh tolong orang lain. Tapi aku kalah.

Aku rasa dia penat. Jaga luar bangunan. Berdiri dari petang. Mungkin tak makan lagi. Haus pun ada. Duit gaji tak seberapa. Kalau aku bagi 5 ringgit. Apa la sangat kat aku. Tali kat dia mungkin besa nilai.

Ya Allah. Aku sedih hati. Bulan puasa pun aku begini. Hati ini makin jahat.

Sunday, March 1, 2015

tenang

"Bahagia itu bukan pada harta yang banyak, tetapi pada jiwa yang tenang."

Teringat masa mula-mula kerja dulu. Gaji besar tapi hati tak tenang. Member cakap seronok gaji besar. Fresh grad tapi dah gaji mcm kerja 3 4 tahun dah. Aku senyum je.

Dalam hati siapa tau. Aku tak gembira. Stress memanjang. Marah sana sini. Tekanan tak habis habis. Setahun lebih jgak menderita.

Lepas tu rezeki nak kerja kat tempat lama dah habis. Aku balik kampung sebulan cuti. Hati mula tenang. Seronok.

Alhamdulillah sekarang dah tak camtu. Tempat baru ok. Tak banyak stress cam dulu. Kerja pun aku seronok.

"Orang zaman dulu miskin sampai nak beli selimut pun tidak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas. Tapi Alhamdulillah sampai ke tua tak pernah berbalah sampai cerai berai. Orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan bercerai. Ini menunjukkan bahagia itu bukan pada harta yang banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. Tenang ini bukan boleh beli di market, tapi ia datang daripada Allah SWT...."

Petikan ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kuliah Medan Ilmu 5 Januari 2010.

Saturday, February 28, 2015

kuih

Kuih beli kat kedai.

Murah. Sebab sisi kuih je. Dijual murah. Tapi ramai tak beli. Nampak murah. Tak stail. Tak best.

Tapi ni pun kuih. Sedap sebenarnya.

Aku suka kau kuih.

Kau sedap.

Thursday, February 26, 2015

baik

Cakap elok-elok.

Senyum kena kasi.

Marah jangan tunjuk.

Benci simpan dalam-dalam. Sampai padam.

Orang lain pun ada perasaan.

lemah

Hati kadang kadang tak tahan. Sekali kena tegur, rasa down semalaman.

Sebenarnya tak buat salah.

Tapi sebab hati lemah.

Hati. Kuat sikit boleh?

Tuesday, February 24, 2015

mee

Ada yang tulis mi.

Ada plak yang tulis mee.

Dua-dua sama. Dua-dua boleh makan.

Pergi pasar malam Jalan Universiti. Tak ada idea nak makan apa.

Ayam percik. Puas.

Ayam goreng. Puas.

Sate sedap. Puas.

Tiba-tiba terlalu depan kedai mi. Tak pernah singgah selama ni. Mesti tak sedap. Muka abang jual masam. Mesti tak sedap macam boleh tengok kat muka dia. Dulu pernah beli kat pasar malam Kulim. Tak sedap jugak.

"Tak cuba tak tau" hasut si hati.

Cissss..

"Abang. Mi goreng ni satu. RM3"

Muka abang mi masih masam.

Sampai rumah. Ambik garfu. Buka plastik. Suap segarfu. Nganga was was.

Mata terbeliak.

Sedap!!

rosak

Dulu pernah jalan kaki. Masa mula-mula pindah sini. Nak ke mana-mana kena jalan kaki. Lenguh badan. Peluh basah baju. Jalan 1 kilometer setengah. Panas terik di atas kepala. Jalan kaki tiap pagi.

Kalau panas sangat jalan teduh bawah bayang pokok. Kalau ada angin hati gembira. Senyum lebar je. Tengak adik pun jalan sama kat sebelah. Dia lap peluh kat dahi.

Lepas tu motosikal pun sampai.

Dah tak jalan kaki sangat dah. Pergi semua tempat kejap je. Laju. Lupa dah rasa jalan kaki jauh-jauh.

Tapi petang tadi, motosikal rosak. Lepas setahun setengah tak jalan kaki.

Rantai longgar.

Kena jalan kaki.

Senyum kepanasan dan berpeluh.

Terkenang masa adik datang sini. Senyum sorang-sorang sorong motosikal sampai rumah.

Haha

Monday, February 23, 2015

kata

Secebis kata. Diluahkan.

Puas.

Senyum.

tidur

Tiap tiap malam kalau tidur, pasang surah Yasin sampai pagi. Nak kasi hilang mimpi buruk.

Tak percaya?

Cuba la.

tua

sejak akhir-akhir ni terasa diri makin tua. macam-macam bermain dalam minda. terfikir pasal mati pun selalu. orang yang dikenal ada yang meninggal, dari kecil kenal sekarang dah besar ramai dah tiada. sedih jgak kalau tengok perubahan camni. tapi semua ni kehendak Illahi.

apapun, kalau nak tahu kalau diri ni dah tua ke tak?

kalau orang yang sebaya seperti berikut:

  • ada yang dah mula meninggal
  • sudah kahwin dan ada anak
  • suka dengar lagu 80-an dengan 90-an
  • sudah bekerja

Ada yang tak camni jgak, tapi aku rasa ni la antara yang sedang berlaku sekarang.

ketara.

Saturday, February 21, 2015

rindu

Rindu aku pada mereka.

Rindu ni susah nak cakap. Hari ni aku terdiam bila rindu datang di hati. Susahnya nak balik kampung jumpa keluarga. Mak bapak adik beradik semua.

Selalu orang cakap nanti dah rasa kehilangan, baru nak tercari. Baru nak hargai semua. Baru nak ingat pesanan dan kata kata nasihat. Aku percaya itu. Aku pun kadang kadang lupa.

Menyesal tak sudah cuti ni tak balik kampung.

Maaf ya mak, bapak.

Menitis sekejap air mata jantan.

nenek

Bila orang cakap pasal opah ke atok. Aku mesti dengar dengan tekun. Aku tak penah jumpa dorang langsung sejak lahir. Belah bapak dah meninggal, belah mak pun sama. Time dorang kawen memang dah anak yatim. Kiranya aku ngn adik beradik yang lain tak pernah langsung rasa camna jadi cucu. Pergi rumah nenek ngan atok time raya.

Jadi bila aku dengar je member bagitau pergi rumah nenek, aku cam terdiam seketika. Teringat masa bapak aku cerita pasal nenek. Hidup dulu tak senang. Keluarga susah, makan pun susah. Time tu rasa dekat skit ngan nenek. Rasa cam kenal dia.

Waktu kecik kecik memang selalu kena pukul. Sebab jahat buat naya kacau orang. Bapak cakap kalau nenek masih hidup, mesti dia marah. Mesti cucu cucu semua pergi jumpa dia. Sebab dia manjakan cucu. Kakak saudara sulung je pernah jumpa dia.

Ya Allah agak terkilan disitu.

Hari ini aku rindu nenek. Allah jagalah dia.

tulis

aku nak tulis.
kekadang aku rasa ingin menulis supaya nanti andai kata aku lupa, aku boleh baca. terus aku ingat semula akan apa yang terjadi.

tapi kekadang pula, aku buka coretan lama, tercari-carik di minda. bilakah masa? benarkan terjadi? aku sendiri lupa. aku tak pula percaya kalau itu benar-benar belaka? pernahkah kau merasa sedemikian rupa?

aku nak tulis juga.
andai rasa aku akan lupa nanti. biarlah. asal aku percaya ini bukan dusta.

aku

bagaimanakah rasanya kalau diri ini hilang di dunia tanpa ingatan dalam minda sesiapa?